Jasmin tersenyum melihat telatah kawannya itu.
“Min, bila kau nak berubah ni?” kata Sara.
“ Ubah apa?” Jasmin pelik dengan persoalan Sara.
“ Cara hidup kaulah mangkuk! Bila kau nak jadi pompuan?”
“hmmm. Bila ada seorang prince yang charming datang melindungi aku.” Ujar Jasmin sambil tersengih-sengih.
“Ah! Malaslah aku nak layan. Asyik-asyik prince yang charmin datang melindungi kau. Masalahnya penampilan kau tu yang membuatkan prince tu tak datang-datang.” Sara terkekeh-kekeh ketawa.
“Habis aku mana tahu bab-bab pakaian. Apa kata kalau aku upah kau?”
“ Aku no problem.. bila nak start?”
“ Esok boleh? Lagi satu boleh kau tolong cari prince untuk aku sorang.”
“ kenapa dengan kau ni? Tak sabar Nampak!”
“ Err bukan apa... Mak aku kat kampong tu dah bising.”
“ Yelah. Tapi upah aku apa?”
“ eerrrmmm.. mana boleh bagi tau. Tak bestlah.”
“ Alah. Suka hati kaulah. Malam ni aku mari rumah kau, esok pagi boleh aku adjust kau sikit sebelum kau pergi kerja.”
“Boleh. Err tolong beli makanan boleh? Barang dapur dah habis ler..”
“ Macam-macamlah kau ni, Min.” Sara mematikan telefonnya tak tahan dengan telatah Jasmin.
Sara menghulurkan blouse yang labuh paras punggung yang berwarna coklat cair bersama dengan seluar jean putih. Pasti akan cair hati orang melihatnya nanti.
“ Wajib ke aku pakai ni?” Jasmin terketar-tekar apabila melihat Sara mengeluarkan blouse dari almarinya.
“ Wajib!” balas Sara dengan senyum kambing.
“ Tapi sebelum tu kita kena make-up dulu.”
“ Apa!? Hish! Aku tak naklah jadi burung merak. Nanti macam si Salina tu make-up macam badut, baju dahlah ketat. Aku tengok naik bulu roma aku ni tau. Entah macam mana si Mir tu melekat.”
“ Kau jealos ea? Kalau kau jealos kau kena cantik hari ni biar Mir tu melekat kat kau pulak bukan badut pondan tu.”
“ Suka hatilah. Tapi aku tak nak make-up tebal tau.”
“Aku taulah. Dah mari sini.” Sara menarik kerusi isyarat menyuruh Jasmin duduk di situ.
“ Sara aku takutlah. Temanlah aku pergi kerja. Malunya manalah nak letak muka aku ni. Takkanlah dalam kocek pulak.” Jasmin takut untuk keluar dari kereta Sara.
“ Padan muka! Alah chilllah. Jangan buat muka kesian kau tu. Ingat pesanan aku ni, kalau ada jantan try nak tackle kau, kau buat jual mahal dulu. Beli aku kata on kau on ok?” kata Sara cuba memberi kata semangat.
“ Oklah. Aku pergi dulu. Phone kena sentiasa on tau.” Pesan Jasmin sebelum pergi.
Jasmin melangkah dengan penuh hati-hati. Kepalanya ditunduk. Malulah tu. Tangannya berpeluh-peluh. Sesampai di lif, dia terserempak dengan Haikal.
“Hai, pekerja baru ea?” sapa Haikal. Jasmin diam seribu bahasa dan kepalanya masih lagi tertunduk malu.
“ Kenapa diam? Nervous ker? Kat sini pekerja baik-baik belaka setakat ni tak de lagi yang makan orang. Nama awak apa? Alah.. janganlah malu-malu. Tunjuklah muka tu.” Pujuk Haikal. Perlu ke aku tunjuk muka aku yang tak ubah macam badut ni? Jasmin bermonolog. Jasmine mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
“errr. Hai.” Kata Jasmin.
“ Eh! Macam kenallah. Kita pernah jumpa ker?” Tanya Haikal kebingungan.
“ Ni akulah! Jasmin!” Jasmin suadah tidak tahan lagi.
“ Biar betul! Aku ingat awek mana tadi. He he he.” Haikal mengerut dahinya dan ketawa sakan.
“ Aku nak berubahlah Haikal. Hmm macam mana ok tak aku.” Haikal melihat Jasmin dari atas ke bawah.
“ Hmm bolehlah tapi kalau kau tak pakai topi Malaysia kau ni. Lagi ok!” ujar Haikal sambil mengambil topi dari kepala Jasmin.
“ He he he. Aku tak leh berpisah dengan topi ni.” Jasmin merampas topi tersebut dari tangan Haikal dan terus berlalu. Jasmin tidak memakai topi tersebut malah menyimpannya di dalam laci. Jasmine merenung kearah bilik Mir Zaharim. Tiba-tiba pintu bilik Mir Zaharim terbuka. Kelihatan seperti Mir sedang mahu melakukan tinjauan. Setiap pagi Mir Zaharim akan melakukan tinjauan untuk memastikan pekerjanya melakukan kerja masing-masing. Tidak hairanlah kenapa syarikat Mir Coorporation terkenal di seluruh Malaysia.
Mir Zaharim menuju ke arah meja Jasmin.
“ Awak ni pekerja baru ke? Ni meja cik Jasmin Qistina punya. Nanti dia marah baru tahu.” Ujar Mir Zaharim dengan lagaknya.
“ Err. Ni sayalah Encik. Ni Jasmin Qistina tuan punya meja ni.” Jasmin mengajuk kembali kata-kata Mir Zaharim.
“ You are different today. Aik? Pelik.”
“ Kenapa tak suka ke? Kalau tak suka bagi tau tak payah nak sorok-sorok. Lagipun ada yang tak kena ke pakaian saya ni? Terlalu menjolok mata ke Encik Mir?” sindir Jasmin apabila melihat Salina berada di belakang Mir Zaharim. Salina terdengar kata-kata Jasmin terus menjeling Jasmin. Jasmin membalas dengan pandangan mata yang tajam mampu untuk melemahkan semangat lawan. Mir Zaharim yang sedar akan peperangan mata yang berlaku.
“ eh! Sal. Bila sampai? Jom sarapan.” Ajak Mir Zaharim untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
“ Tolong jangan jatuhkan maruah wanita ye Salina. Tutup aurat tu.” Sindir Jasmin sinis sekali. Salina yang tidak tahan dengan sindiran Jasmin terus menghentak meja Jasmin dengan tas tangannya.
“ Hoi! Betina! Jangan sampai aku Nampak kau dengan Mir” gertak Salina. Salina dan Mir Zaharim berlalu pergi. Rakan sekerja Jamin tercengang melihat pertempuran mulut antara dua wanita.
“ Wah! Cayahlah kau Min. Aku tabik!” Haikal mengangkat tangannya paras dahi.
“. Hari ini aku belanja kau ye Jasmin.” Kata Ira, salah satu rakan sekerja Jasmin. Jasmin tersenyum dengan kemenangan yang diperolehnya. Semua orang sokong dia, bukan apa semua orang tak suka pun dengan Salina. Pura-pura jer.
“ Ira, kau belanja aku esok jelah. Aku dah janji dengan Sarah nak lunch sama-sama.” Balas Jasmin.
“ ok. Esok yer.”
Jam menunjukkan pukul 1. Maknanya sudah masuk waktu rehat. Hati Jasmin berbunga riang. Tak sabar nak ceritakan peristiwa tadi kepada Sarah.
“ Min! Nak pergi mana tu? Tunggulah dulu.” Jerit Haikal dari belakang. Langkah Jasmin terhenti, dia terus berpaling. Haikal berlari-lari anak menuju ke arah Jasmin. Haikal Nampak begitu segak dengan seluar slack Polonya dan kemeja biru laut beserta dengan tali leher biru hitam. Haikal memang ada karisma. Jasmin bermonolog sendiri.
No comments:
Post a Comment