Thursday 12 December 2013

Life quotes picture

Setelah skian lame x updte blog.. Akhirnye.. Boleh jgk bkk.. Igtkn dah terburn dah.. Skrang ni hobi ika ske snap picture.. N cookng! Hahaha 



Ni gambr blakng umah jer.. Haha


Yg ni pulak ambik kat internet pstu tulis quotes sendiri..



Okaylh stakat nilahh.. Nanti kalu ade puc terbaru i'll let you know..

Bubyeeee.. Huhuhu





Friday 16 November 2012

how ever she's my family..




sape syg kakak die angkat ke2-2 belah tgn dan buat bentuk love and say (I LOVE U SISTER walaupun kakak slalu malukan dan marahkan adik).. ><

Tapi... sampai ble si adik kne thn sabar nak kene dimalukan dan dimarahkan? HELLO!! adik2 pon adik prasaan tau.. igt adik2 ni boneka ker? bile time nak mintak tolong mulelah buat baik.. hipokrit..:p exp:(kakak mintak adik jd wakil kakak mintk izin nak kuar date dgn boyfriend)<<<<<<< nilah yg slalu Ika kne. bile nak mintak tolong br buat baik kate nak blanje tgk wyglah, apelah.. tp.. last2 semua yg kakak pernah blanje adik tu kakak bangkitkan semua... kalau Ika dah kerja dah lme Ika bg balik duit die tuh.. tp tulah masih blajar lagi.. x leh buat ape jgk.. aduih!! nasib2..

BUT.. x kirelah sejahat mne kakak Ika.. she's my family and i always love her.. <3



Friday 2 September 2011

sUaSaNa ArI RaYe TaOn NiM..

ini family saye.. taon ni.. baju raye x seragam.. warna warni biar meriah ckit.. cewah..

sayer bergambar dgn mak dan kakak.. amacam same x muke? hehehe

 ini abang saye.. lama x balik.. maklumlah duk johor..
nim anak kesayangan mak sy.. hmm... biarlah tp sye syg kuarge sy.. <3

Saturday 27 August 2011

made by me!! tajuk tak tau lagi.. tolong bg pendapat n pandangan eh..


Jasmin tersenyum melihat telatah kawannya itu.
“Min, bila kau nak berubah ni?” kata Sara.
“ Ubah apa?” Jasmin pelik dengan persoalan Sara.
“ Cara hidup kaulah mangkuk! Bila kau nak jadi pompuan?”
“hmmm. Bila ada seorang prince yang charming datang melindungi aku.” Ujar Jasmin sambil tersengih-sengih.
“Ah! Malaslah aku nak layan. Asyik-asyik prince yang charmin datang melindungi kau. Masalahnya penampilan kau tu yang membuatkan prince tu tak datang-datang.” Sara terkekeh-kekeh ketawa.
“Habis aku mana tahu bab-bab pakaian. Apa kata kalau aku upah kau?”
“ Aku no problem.. bila nak start?”
“ Esok boleh? Lagi satu boleh kau tolong cari prince untuk aku sorang.”
“ kenapa dengan kau ni? Tak sabar Nampak!”
“ Err bukan apa... Mak aku kat kampong tu dah bising.”
“ Yelah. Tapi upah aku apa?”
“ eerrrmmm.. mana boleh bagi tau. Tak bestlah.”
“ Alah. Suka hati kaulah. Malam ni aku mari rumah kau, esok pagi boleh aku adjust kau sikit sebelum kau pergi kerja.”
“Boleh. Err tolong beli makanan boleh? Barang dapur dah habis ler..”
“ Macam-macamlah kau ni, Min.” Sara mematikan telefonnya tak tahan dengan telatah Jasmin.

                Sara menghulurkan blouse yang labuh paras punggung yang berwarna coklat cair bersama dengan seluar jean putih. Pasti akan cair hati orang melihatnya nanti.
“ Wajib ke aku pakai ni?” Jasmin terketar-tekar apabila melihat Sara mengeluarkan blouse dari almarinya.
“ Wajib!” balas Sara dengan senyum kambing.
“ Tapi sebelum tu kita kena make-up dulu.”
“ Apa!? Hish! Aku tak naklah jadi burung merak. Nanti macam si Salina tu make-up macam badut, baju dahlah ketat. Aku tengok naik bulu roma aku ni tau. Entah macam mana si Mir tu melekat.”
“ Kau jealos ea? Kalau kau jealos kau kena cantik hari ni biar Mir tu melekat kat kau pulak bukan badut pondan tu.”
“ Suka hatilah. Tapi aku tak nak make-up tebal tau.”
“Aku taulah. Dah mari sini.” Sara menarik kerusi isyarat menyuruh Jasmin duduk di situ.

                “ Sara aku takutlah. Temanlah aku pergi kerja. Malunya manalah nak letak muka aku ni. Takkanlah dalam kocek pulak.” Jasmin takut untuk keluar dari kereta Sara.
“ Padan muka! Alah chilllah. Jangan buat muka kesian kau tu. Ingat pesanan aku ni, kalau ada jantan try nak tackle kau, kau buat jual mahal dulu. Beli aku kata on kau on ok?” kata Sara cuba memberi kata semangat.
“ Oklah. Aku pergi dulu. Phone kena sentiasa on tau.” Pesan Jasmin sebelum pergi.
                Jasmin melangkah dengan penuh hati-hati. Kepalanya ditunduk. Malulah tu. Tangannya berpeluh-peluh. Sesampai di lif, dia terserempak dengan Haikal.
“Hai, pekerja baru ea?” sapa Haikal. Jasmin diam seribu bahasa dan kepalanya masih lagi tertunduk malu.
“ Kenapa diam? Nervous ker? Kat sini pekerja baik-baik belaka setakat ni tak de lagi yang makan orang. Nama awak apa? Alah.. janganlah malu-malu. Tunjuklah muka tu.” Pujuk Haikal. Perlu ke aku tunjuk muka aku yang tak ubah macam badut ni? Jasmin bermonolog. Jasmine mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
“errr. Hai.” Kata Jasmin.
“ Eh! Macam kenallah. Kita pernah jumpa ker?” Tanya Haikal kebingungan.
“ Ni akulah! Jasmin!” Jasmin suadah tidak tahan lagi.
“ Biar betul! Aku ingat awek mana tadi. He he he.” Haikal mengerut dahinya dan ketawa sakan.
“ Aku nak berubahlah Haikal. Hmm macam mana ok tak aku.” Haikal melihat Jasmin dari atas ke bawah.
“ Hmm bolehlah tapi kalau kau tak pakai topi Malaysia kau ni. Lagi ok!” ujar Haikal sambil mengambil topi dari kepala Jasmin.
“ He he he. Aku tak leh berpisah dengan topi ni.” Jasmin merampas topi tersebut dari tangan Haikal dan terus berlalu. Jasmin tidak memakai topi tersebut malah menyimpannya di dalam laci. Jasmine merenung kearah bilik Mir Zaharim. Tiba-tiba pintu bilik Mir Zaharim terbuka. Kelihatan seperti Mir sedang mahu melakukan tinjauan. Setiap pagi Mir Zaharim akan melakukan tinjauan untuk memastikan pekerjanya melakukan kerja masing-masing. Tidak hairanlah kenapa syarikat Mir Coorporation terkenal di seluruh Malaysia.
                Mir Zaharim menuju ke arah meja Jasmin.
“ Awak ni pekerja baru ke? Ni meja cik Jasmin Qistina punya. Nanti dia marah baru tahu.” Ujar Mir Zaharim dengan lagaknya.
“ Err. Ni sayalah Encik. Ni Jasmin Qistina tuan punya meja ni.” Jasmin mengajuk kembali kata-kata Mir Zaharim.
“ You are different today. Aik? Pelik.”
“ Kenapa tak suka ke? Kalau tak suka bagi tau tak payah nak sorok-sorok. Lagipun ada yang tak kena ke pakaian saya ni? Terlalu menjolok mata ke Encik Mir?” sindir Jasmin apabila melihat Salina berada di belakang Mir Zaharim. Salina terdengar kata-kata Jasmin terus menjeling Jasmin. Jasmin membalas dengan pandangan mata yang tajam mampu untuk melemahkan semangat lawan. Mir Zaharim yang sedar akan peperangan mata yang berlaku.
“ eh! Sal. Bila sampai? Jom sarapan.” Ajak Mir Zaharim untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
“ Tolong jangan jatuhkan maruah wanita ye Salina. Tutup aurat tu.” Sindir Jasmin sinis sekali. Salina yang tidak tahan dengan sindiran Jasmin terus menghentak meja Jasmin dengan tas tangannya.
“ Hoi! Betina! Jangan sampai aku Nampak kau dengan Mir” gertak Salina. Salina dan Mir Zaharim berlalu pergi. Rakan sekerja Jamin tercengang melihat pertempuran mulut antara dua wanita.
“ Wah! Cayahlah kau Min. Aku tabik!” Haikal mengangkat tangannya paras dahi.
“. Hari ini aku belanja kau ye Jasmin.” Kata Ira, salah satu rakan sekerja Jasmin. Jasmin tersenyum dengan kemenangan yang diperolehnya. Semua orang sokong dia, bukan apa semua orang tak suka pun dengan Salina. Pura-pura jer.
“ Ira, kau belanja aku esok jelah. Aku dah janji dengan Sarah nak lunch sama-sama.” Balas Jasmin.
“ ok. Esok yer.”

                Jam menunjukkan pukul 1. Maknanya sudah masuk waktu rehat. Hati Jasmin berbunga riang. Tak sabar nak ceritakan peristiwa tadi kepada Sarah.
“ Min! Nak pergi mana tu? Tunggulah dulu.” Jerit Haikal dari belakang. Langkah Jasmin terhenti, dia terus berpaling. Haikal berlari-lari anak menuju ke arah Jasmin. Haikal Nampak begitu segak dengan seluar slack Polonya dan kemeja biru laut beserta dengan tali leher biru hitam. Haikal memang ada karisma. Jasmin bermonolog sendiri.


Wednesday 1 June 2011

new trend!! 2011

baju trend terkini.. cantik mata memandang.. sweet si pemakai nyer
earing bulat memang menyeweet lagikan seri muka
apatah lagi kalau si pemakinyer kulitnyer putih melepak.. cantik3..
sesuai untuk pergi event yang tak rasmi macam nak jumpe kengkawan
ker.. atau apergi shopping ker.. ha..  

ha.. baju nis esuai untuk musim hujan..
hujan kan membuat suasana jadi sejuk..so,
baju ni sesuailah


Monday 30 May 2011

manusia zaman sekarang tak prihatin!!!

ni yg buat ika naik angin ni.. baru2 ni ika pergi KL, tgk tmpat parking kereta... subhanallah..
kotor jgn cakap.. jijik.. dengan sampahnya sana sini, dgn tikusnya.. antara fakto2nya sbb tong sampah tak de.. kalau ade pon.. x guna jgk.. ika malu.. kalau ade pelancong asing.. yg tgk.. malu3...aduih..
kalau boleh tolonglah sgt jage persekitaran.. untuk keselesaan sendiri jugak.. tgklah suhu persekitaran kita pun dah meningkat, air laut pun dah naik.. tp tgk siape penyebabnya.. KITAkan?? tulah kalau boleh mulai dr sekarang tolong jage persekitaran kalu boleh byk2kan program gotong royong.. PLEASE... ambillah iktibar peristiwa tanah runtuh.. hmmm.. sye yg x de kuasa x leh nak buat ape2.. hnye boleh melalui hati iaitu membenci perkara tersebut....

Saturday 28 May 2011

kaki novel

Ika suke sgt novel... terutama kalau penulisnya siti rosmizah.. mmg gempak habis.. first time bace novel beliau, Andai Itu Takdirnya.. mmg buat Ika menangis.. terharu giler..hmmmm... saper suke novel SR tolong follow eak..
lagi novel ape lagi.... hah.. Kaki Novel.. pom best gak.. lagi2 novel ape lagi yg best suggest lah.. eak..